MERAWAT HATI MENURUT ISLAM

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rusak maka rusaklah seluruh anggota, itulah hati." Bukhari dan Muslim



MERAWAT HATI MENURUT ISLAM

Terdapat beberapa cara merawat hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul. Beriktikad dengan akidah yang betul. Sentiasa melakukan muhasabah diri. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan. Sahabat yang dimuliakan, Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat Khusyuk dalam solat. Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 permata di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.

بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (Al-Baqara 2:112)

Nanang Ws

Comments